10 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM SUKAN



Gambar 1:


 Berikut merupakan “MyoTruk” Alat tersebut merupakan pengganti ScrumTruk yang biasanya digunakan oleh pemain rugbi dalam sesi latihan scrum. Alatan tersebut lebih mudah digunakan dan lebih efektif digunakan oleh para pemain. Tujuan penggunaan alatan tersebut adalah untuk meningkatkan lagi kekuatan dan daya tahan otot pemain










Gambar 2:

 Gambar sebelah menunjukkan kedudukan pemain semasa menggunakan peralatan tersebut dengan betul kerana jika tidak digunakan dengan betul ianya akan menyebabkan kecederaan pada pemain terutamanya pada bahagian tulang belakang dan hamstring pemain.


Gambar 3:
 Trusox merupakan satu teknologi yang diletakkan pada stokin. Trusox merupakan pemenang “The Sport Technology” pada tahun 2015 melalui dua kategori iaitu peralatan terbaik dan pakaian techlonogi terbaik (prestasi). Antara kelebihan trusox adalah ia dapat mengelakkan kaki anda dari tergelincir ketika bersukan. Selain itu ianya juga dapat meningkatkan kelajuan, ketangkasan dan keselematan kaki anda. Suarez, pemain bola sepak terkenal antara atlet yang mengakui kehebatan teknologi ini.
Gambar 4:

Vertec merupakan satu alat yang digunakan oleh kebanyakan trainer kecergasan seluruh dunia. Alat ini biasanya digunakan oleh sukan basketball, bola tampar dan lompat jauh. Alat ini bagi menguji tahap kekuatan kuasa kaki atau kekuatan otot kaki atlet. Alat ini khususnya dilakukan bagi melakukan “vertical jump test”. Vertec ini adalah bedasarkan United States Patent 5031903.

Gambar 5:

Pedometer adalah peranti elektronik yang digunakan untuk mengira langkah-langkah
 orang berjalan atau berlari. Biasanya Pedometer digunakan oleh orang-orang yang bersemangat untuk bersenam atau orang-orang yang ingin meningkatkan aktiviti fizikal dan banyak berjalan atau berlari. Biasanya orang menjadi bersemangat untuk berjalan atau berlari kerana ingin meningkatkan kecergasan, menurunkan berat badan, dan perubahan gaya hidup menjadi lebih aktif, dan memulihkan kesihatan atau terapi.
Semua orang tahu bahawa berjalan baik untuk kesihatan, terutama kesihatan jantung, namun tidak semua orang boleh merakam dengan tepat berapa banyak atau berapa langkah banyak ia berjalan. Pedometer boleh menjadi alat untuk memotivasi orang untuk meningkatkan aktiviti fizikal mereka. Dengan menggunakan alat pengukur langkah anda boleh dengan cepat mendapatkan idea dari berapa banyak anda harus berjalan dan jika anda telah mencapai sasaran dari kegiatan yang anda inginkan. Untuk jangka panjang, pedometer dapat berguna sebagai alat untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal anda.

Gambar 6 :

Satu sistem berasaskan kamera yg dibangunkan oleh Hawkeye, sebuah syarikat British yang kini milik gergasi perkakasan elektronik Sony. Hawkeye sudahpun mempunyai sistem yg serupa yg telahpun berada dalam operasi  sukan tenis dan kriket. Teknologi Hawk Eye mula meluas sehingga di gunakan di dalam sukan bola tampar. Kamera & sistem computer digunakan utk mengesan bola dalam permainan dan mengira dengan tepat di mana bola di atas padang. Sistem ini akan menghantar satu mesej elektronik kepada peralatan penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan seperti sebuah jam tangan apabila sahaja bola melintasi garisan. Dengan adanya teknologi ini pengadil ,pemain , jurulatih dan penonton dapat melihat dengan lebih tepat apabila kesalahan  dilakukan oleh pemain .

Gambar 7:

Pasukan Inovasi Adidas memperkenalkan idea terkini konsep dan pakaian `TechFit` dengan `Powerweb yang membawa ke satu level baru. Selepas meneliti fizikal pemain dan ahli sukan yang menumpukan pada pergerakan otot-otot maka Pasukan Inovasi Adidas telah mengenal pasti dan menghasilkan pakaian yang paling sesuai untuk semua ahli sukan. Kaedah teknologi sendat dan melekat di tubuh (Compression) telah digunakan secara meluas untuk memperbaiki prestasi ahli sukan. Caranya mudah sahaja, pakaian itu perlu membungkus otot-otot dengan bahan yang sesuai. Bahan adidas TechFit dengan kuasa melekat lycra akan memberikan kebaikan bagi pengeluar pakaian utama ini. Sebagai tambahan, pakaian yang mengikut bentuk tubuh itu akan memberikan kebebasan secara maksima dalam setiap pergerakan dengan selesa.

Gambar 8 :

Alat ini merupakan satu inovasi baru di dalam sukan renang kerana ia mampu memberikan sesuatu kelainan kepada pengemar sukan ini.Swimming pro mp3 player adalah peralatan yang berjaya dicipta oleh gergasi pakaian sukan renang iaitu Arena.Syarikat ini berjaya menghasilkan peranti yang boleh di gunakan di dalam ai,ia juga boleh memainkan lagu mp3 serta memiliki beberapa kemudahan lain yang sangat berguna kepada penguna,di lengkapi dengan ruang memory 4gb,boleh di gunakan di dalam air masin dan clorin mampu bertahan sehingga 3 meter di dalam air.Serta memiliki sistem untuk mengira stroke  yang dilakukan,jarak berenang di dalam air dan calori yang berjaya di bakar setiap kali berenang.

Gambar 9 :

Alat ini merupakan salah satu alatan yang di gunakan untuk menilai komposisi tubuh badan,yang mana ia termasuklah jumlah peratusan lemak dalam tubuh badan,body mass index (BMI),otot,metabolisam dan lain-lain komponen dalam komposisi tubuh badan.Alat ini juga mampu memberikan bacaan umur yang kita patuh perolehi berdasarkan analisa data yang di terima.di lengkapi dengan skrin kecil pada peralatan bagi memudahkan penguna membuat hasil yang di peroleh,alat ini juga telah banyak di gunakan di mana-mana pusat sukan yang bertaraf bagi tujuan mempermudahkan hasil rekod setiap ahli sukan,ia juga telah banyak di gunakan di pusat kesihatan yang bertaraf untuk membuat rekod.

Gambar 10 :



Armour Mouthwear merupakan satu produk inovasi sukan yang diperkenalkan oleh jenama sukan terkemuka dunia iaitu Under Armour. Ianya  merupakan garis inovatif baru yang direka untuk meningkatkan prestasi sukan. Mouthwear Prestasi boleh membantu mana-mana atlet meningkatkan kekuatan, ketahanan dan reaksi masa, mengurangkan tekanan olahraga, dan dengan mouthguard juga, ia mengurangkan kesan daripada pukulan ke rahang.

1 comment:

PENGENALAN KURSUS

Maklumat Kursus  1) Kod Kursus : GGGE 2153  2) Nama Kursus / : Course Title Teknologi Pendidikan Educational Technology  3) K...